Dalam menuju kejayaan, DXN memastikan agar tanggungjawab sosialnya tidak diabaikan. Dalam komitmennya terhadap pembangunan masyarakat, kumpulan sosial dan institusi pendidikan sentiasa dialu-alukan untuk melawat ke ladang dan kilang DXN bagi tujuan pembelajaran dan kajian. Sejak penubuhan DXN, banyak lawatan telah dilakukan ke ladang dan kilang DXN di Bukit Wang, Jitra, Kedah oleh universiti, sekolah dan agensi kerajaan.

Di bawah Program Kecemerlangan Industri Negeri Kedah yang telah dianjurkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, DXN telah diberi kepercayaan untuk menjadi model bagi syarikat industri makanan yang mematuhi kesemua keperluan GMP. Kemudahan DXN yang mematuhi GMP telah dipamerkan sebagai contoh ketika lawatan ke kilang.

Selama beberapa tahun, DXN juga telah menjalankan beberapa program kebajikan melalui penajaan aktiviti DXN Care ke rumah anak yatim dan rumah orang tua, pengiklanan muhibah dan sumbangan secara terus ke organisasi kebajikan seperti International Buddhist College, Thailand, dan lain-lain lagi. Melalui projek Night Blindness DXN di Pakistan, DXN telah membantu memberikan bantuan dan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada kanak-kanak yang menghidapi rabun malam.

Kempen pendermaan yang rancak telah dijalankan ketika terdapat kejadian bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi dan sebagainya. Salah satu dari contoh kempen pendermaan adalah ketika kejadian gempa bumi di Nepal pada tahun 2015.

DXN mempraktikkan konsep pendermaan One-to-One, dimana DXN juga menyumbangkan jumlah yang sama dengan kutipan derma yang dikumpulkan dari ahli DXN yang akan menggandakan jumlah keseluruhan kutipan tersebut. Ini untuk memastikan usaha yang maksimum telah diambil bagi mengumpulkan dana sebanyak yang mungkin bagi membantu mangsa.

DXN juga mengamalkan sifat rendah diri dalam tanggungjawab sosialnya. Tiada publisiti secara besar-besaran dilakukan seperti liputan oleh pihak media untuk program kebajikannya bagi memberikan pengiktirafan kepada syarikat. Matlamat DXN hanyalah untuk membantu mereka yang sedang memerlukan.

Pada 17 Ogos 2018, DXN telah membuktikan komitmennya terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengadakan kempen derma darah di Cawangan Stargate, di Alor Setar, Kedah. Inisiatif tanggungjawab sosial ini telah dianjurkan oleh DXN dan Hospital Jitra, Kedah, dimana anggota perubatannya telah memastikan kempen tersebut dijalankan dengan selamat dan bersih. Staf DXN digalakkan untuk menderma darah semasa kempen ini dijalankan. Secara keseluruhan, sebanyak 40 beg darah telah berjaya dikumpulkan pada akhir kempen terbabit, dan akan digunakan oleh hospital terbabit untuk mengisi stok tabung darah dan juga bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan. Kempen derma darah ini adalah sebahagian dari agenda CSR DXN, dalam mengukuhkan lagi komitment syarikat bagi memberikan kehidupan yang sihat kepada komuniti setempat.

 

Dengan kejayaan dalam kempen derma darah yang lepas, satu lagi kempen derma darah telah diadakan pada 15 Mac 2019, dengan sokongan dari Hospital Jitra, Kedah, bertempat di DXN Stargate, Alor Setar, Kedah. Acara ini telah diadakan dengan skala yang lebih besar dan dibuka bukan sahaja kepada kakitangan dan ahli DXN, tetapi juga kepada orang awam. Individu dari segenap lapisan masyarakat, kumpulan pengurusan DXN, kakitangan DXN Stargate dan juga dari Ladang dan Kilang DXN di Jitra, Kedah, Pengedar DXN dan orang awam telah hadir untuk menjayakan program ini. Bagi menghargai sokongan mereka yang sudi menderma, sedikit buah tangan berupa produk DXN dan burger percuma dari DXN Cafe telah diberikan kepada para penderma. Sebanyak 52 beg darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen kali ini. Kempen derma darah yang seterusnya dijadualkan pada September 2019.

Inisiatif IIMSAM

Pada tahun 2020, DXN telah menjalinkan kerjasama dengan IIMSAM, Organisasi Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi penggunaan mikro alga, Spirulina, untuk memerangi kekurangan zat makanan. Sebagai Duta IIMSAM di Malaysia, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DXN, Datuk Dr. Lim Siow Jin telah memulakan Kempen Satu Juta Kanak-Kanak, untuk membekalkan Spirulina DXN secara percuma kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Organisasi ini juga terbabit dengan program pemulihan bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk menjadi lebih berdikari.

Krisis Covid-19 di India

Pandemik covid-19 telah memberi kesan kepada seluruh dunia, dari segi kesihatan dan kehidupan. Ianya telah membadai India seperti tsunami pada April 2021, dengan lebih 25 juta kes positif dan 274,000 kematian direkodkan sehingga 17 Mei 2021.

Dalam usaha untuk membantu dan menyokong India dalam mengharungi krisis covid-19, DXN telah menyumbangkan barangan bantuan penting seperti mesin pemekat oksigen dan lain-lain barangan seperti topeng muka, kit PPE, pelindung muka dan lain-lain lagi. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DXN, Datuk Dr. Lim Siow Jin telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan sokongan terhadap misi kemanusiaan ini, “Kami amat berterima kasih kepada kerajaan atas sokongan yang padu dalam menjayakan misi ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada Jabatan Kastam dan Jabatan Nodal untuk pengecualian cukai IGST dan telah menyokong aktiviti sumbangan kami.”