DXN telah mengambil langkah-langkah bagi memastikan operasi perniagaannya sentiasa seiring dengan peruntukan etika perniagaan seperti Akta Jualan Langsung Malaysia 1993 dan juga Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM). Kualiti dan keselamatan produk adalah faktor terpenting dalam membina keyakinan terhadap jenama dan memastikan kepuasan pengguna.

Bagi memastikan keberkesanan sistem kawalan kualiti kami dan juga amalan pengurusan kualiti yang baik, kilang kami telah beroperasi dengan mematuhi piawaian kawalan kebersihan yang tinggi. Syarikat juga telah diiktiraf dengan sijil Sistem Pengurusan Kualiti seperti berikut :

  • ISO 9001 : 2008
  • Therapeutic Goods Administration (TGA)
  • Amalan Pengilangan Baik (GMP)
  • Analisis Hazard Dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP)
  • ISO 14001 : 2004
  • MS ISO/IEC 17025 : 2005 (SAMM).

DXN juga mempunyai pensijilan Skim myOrganic dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia memandangkan DXN telah memenuhi kelayakan bagi Skim Organik Malaysia untuk tanaman. Di samping itu, DXN juga merupakan ahli Water Quality Association, yang merupakan persatuan perdagangan bagi pengedar dan pembuat/pembekal untuk industri rawatan air bagi perumahan, komersial dan industri. Dengan keahlian ini, DXN akan memastikan pematuhan kepada kod etika yang ditetapkan oleh industri.

Bagi memastikan penyelenggaraan yang baik untuk kualiti, langkah yang lebih efisien telah diambil oleh DXN bagi memastikan pewujudan loji air untuk penulenan air. Peralatan yang boleh membantu dalam meningkatkan kualiti juga telah dibeli seperti peralatan untuk menganalisis logam. Dengan menggunakan peralatan ini, ujian terhadap bahan mentah dan hasil akhir dapat dilakukan bagi memastikan produk berada pada kualiti tertinggi. Ini menggambarkan polisi syarikat yang menawarkan produk yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan dan bagi perkara yang berkaitan dengan penyelenggaraan kualiti, segala kemungkinan akan diterokai.