Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS)

Penekanan telah dilakukan bagi perkara yang berkaitan dengan keperluan syarikat untuk mempunyai polisi yang mematuhi Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS). Ini adalah untuk memastikan :

– Pemeliharaan alam sekitar
– Pembuangan sisa buangan dan sisa toksik
– Memaksimumkan sumber dan produktiviti
– Mengurangkan aktiviti yang akan mengakibatkan kerosakan sumber dan tidak dapat dinikmati oleh generasi akan datang

DXN telah menggunapakai Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS), yang merupakan proses dan amalan yang membolehkan DXN untuk mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar dan meningkatkan kecekapan operasinya. ISO 14001 adalah standard yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa yang telah menetapkan keperluan untuk sesebuah sistem pengurusan alam sekitar, yang membantu sesebuah organisasi dalam memperbaiki prestasi mereka terhadap alam sekitar melalui penggunaan sumber yang lebih cekap dan pengurangan sisa buangan. Oleh itu, dengan perlaksanaan ISO 14001 oleh DXN, ianya telah dipastikan bahawa polisi dan amalan yang dilaksanakan oleh DXN adalah bertepatan dengan Tanggungjawab Sosial Alam Sekitar.

 

Pengurusan Sisa Buangan

Sebarang proses pembuatan akan menyebabkan terhasilnya sisa buangan. Ianya tidak dapat dielakkan, oleh itu, cara pengurusan sisa buangan yang sempurna adalah perlu bagi memastikan tiada kesan buruk atau kemudaratan kepada alam sekitar.

Air yang dihasilkan sewaktu proses pembuatan dijalankan mungkin merbahaya kepada alam sekitar atau kesihatan manusia. Oleh itu, DXN telah mempraktikkan pengurusan air sisa buangan yang menepati ISO 14001 dan EMS. Air sisa buangan dirawat dan diuji bagi memastikan ianya tidak merbahaya sebelum dilepaskan.

Karung yang telah digunakan, selepas penuaian Ganoderma, akan dihantar ke pusat pengumpulan biojisim untuk dikitar semula sebagai baja biologi atau lain-lain kegunaan sementara bahan-bahan lain yang tidak dapat dikitar semula akan dihantar ke Majlis Perbandaran bagi tujuan pembuangan.

 

Pengurusan Pembuangan dan Pencemaran

Tiada bahan kimia yang digunakan dalam proses penanaman Ganoderma memandangkan DXN telah memperolehi Pensijilan MyOrganic dari Jabatan Pertanian, Malaysia dan juga Pensijilan Organik Eropah. Sifar penggunaan bahan kimia adalah wajib dan merupakan keperluan mandatori yang telah ditetapkan.

Salah satu dari keperluan ISO 14001 ialah pengurangan penghasilan CO2, yang merupakan gas rumah hijau. Di DXN, untuk setiap proses yang menglibatkan pelepasan udara, ianya telah dipastikan untuk berada di bawah tahap yang dibenarkan seperti yang telah ditetapkan oleh Akta Alam Sekitar. Prosedur untuk pengawalan dan langkah-langkah pelepasan tenaga, seperti bunyi dan asap, telah mematuhi syarat dan peraturan yang telah digariskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Di DXN, tidak timbul isu mengenai pencemaran tanah memandangkan penanaman Ganoderma dilakukan di dalam beg, dan tidak ditanam di atas tanah.