Syarikat menggalakkan penggunaan makanan tambahan, bukan bertujuan untuk menggantikan rawatan perubatan sedia ada, tetapi untuk menjadi pelengkap kepada rawatan konvensional serta sebagai langkah pencegahan. Bagi memelihara minat pengguna, DXN telah menginsuranskan produknya dengan insurans liabiliti produk yang bernilai RM4 juta yang melindungi penggunanya di serata dunia dari sebarang risiko ketika pengambilan produk. Ini adalah bukti bahawa DXN komited dalam memastikan ianya dipercayai dan diyakini oleh penggunanya di seluruh dunia.

Pengenalan kepada sistem atas talian DXN membolehkan pengguna dan ahli DXN untuk memantau transaksi dan pendapatan mereka. Sistem tempahan atas talian ini juga memudahkan pembelian produk. Pengguna di mana sahaja boleh menempah produk DXN secara atas talian dan ianya akan dihantar ke rumah mereka dalam tempoh masa yang singkat. Sistem ini telah menyumbang kepada kenaikan dalam permintaan bagi produk DXN dan meningkatkan jualan produk bagi pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

Teknologi maklumat juga digunakan secara meluas dalam proses pembuatan. Bagi memastikan kawalan yang cekap di peringkat inventori, syarikat telah menghasilkan satu sistem yang memantau tahap inventori bahan mentah supaya simpanan yang mencukupi selari dengan amalan “Tepat pada Masa” yang diamalkan oleh DXN. Ini dapat mencegah dari pembaziran bahan dan produk dan memastikan kualiti bahan dapat dikekalkan di tahap yang maksimum.