DXN mengakui bahawa pekerja adalah aset terpentingnya. Pekerja DXN diberikan syarat pekerjaan yang adil dan saksama dan juga ditawarkan dengan peluang kepada kemajuan kerjaya berdasarkan prestasi, pengalaman dan kelayakan akademik tanpa mengira bangsa dan jantina. DXN secara berterusan meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan pekerjanya yang dalam masa yang sama dapat meningkatkan kebolehan seseorang individu.

Keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja adalah salah satu dari keutamaan DXN dan tiada kompromi. Latihan berterusan, kaunseling, dan program pencegahan kemalangan industri kerap diadakan bagi memastikan tahap kesedaran yang tinggi terhadap keperluan keselamatan disebarkan kepada semua pekerja di setiap peringkat. Pasukan Kecemasan ditubuhkan bagi membantu proses menyelamat dan memberikan bantuan ketika kecemasan.

DXN juga telah merekrut pelajar dari universiti, kolej dan sekolah teknik sebagai sebahagian dari program latihan amali untuk memberi pengalaman latihan industri dan amali kepada pelajar.

Kakitangan DXN disarankan supaya menjalankan tugas mereka pada kadar yang optimum dan sentiasa berkongsi kebolehan dan bakat mereka demi manfaat kepada syarikat. Perkakas dan perisian yang berkualiti tinggi dibeli apabila diperlukan oleh kakitangan agar dapat memberikan hasil yang maksimum.

Walau bagaimanapun, terdapat juga peruntukan untuk aktiviti rehat dan santai dan juga sebagai penghargaan kepada kakitangan di atas dedikasi dan kerja keras mereka. Kem untuk memupuk semangat berpasukan sering diadakan di resort untuk membina hubungan baik sesama kakitangan serta meningkatkan ilmu. Lawatan syarikat di serata Malaysia, dan ke negara seperti Thailand, juga telah dianjurkan bagi memberi penghargaan kepada kakitangan atas sumbangan mereka.

Januari 2019, sebuah surat berita bulanan untuk kakitangan telah dilancarkan. Dengan surat berita ini, kakitangan akan dibekalkan dengan tips berguna yang dapat membantu mereka dengan kerja dan juga ilmu pengetahuan am. Mereka juga boleh mengetahui mengenai perkara terkini serta perkembangan syarikat.

Ketika sambutan perayaan besar, jamuan tengahari dan makan malam telah diadakan untuk semua kakitangan DXN. Salah satu daripadanya adalah jamuan tengahari bersempena Hari Raya yang bertemakan “Glam Raya” pada 29 Jun 2018, yang dianjurkan untuk kakitangan Ladang dan Kilang DXN. Untuk kakitangan DXN cawangan Alor Setar, sebuah majlis makan malam tahunan, yang bertemakan “Fairytales Magic Comes Alive Tonight” telah diadakan pada 19 Januari 2019. Ketika majlis tersebut berlangsung, kakitangan DXN telah diberi penghargaan atas prestasi dan kesetiaan dengan penyampaian anugerah perkhidmatan lama dan kehadiran terbaik yang telah disampaikan kepada kakitangan yang layak. Hadiah cabutan bertuah yang lumayan juga telah ditawarkan pada majlis tersebut. Pada 22 Februari 2019, DXN telah menghiburkan kakitangan serta pengedarnya dengan menjemput kumpulan persembahan tarian singa untuk membuat persembahan. Mereka kemudiannya dihidangkan dengan hidangan ringan. Acara seperti ini dapat memberi ruang kepada kakitangan untuk berehat seketika di tengah kesibukan berkerja dan juga memberikan sedikit keseronokan kepada mereka.

GALERI GAMBAR