DXN telah menderma RM1.56 juta kepada Yayasan Prihatin Malaysia (PRIHATIN) dalam ‘MISI KHAS PRIHATIN & DXN’ sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat kami untuk membantu mangsa Covid19 dan banjir di Malaysia. Majlis penyerahan cek telah diadakan di Dewan Komuniti Sentul Perdana.
Seramai 500 mangsa banjir dari Jalan Tiong Nam dan sekitar Kuala Lumpur telah menerima manfaat daripada Program Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN).
DXN telah menyumbang sebanyak RM1,000,000.00 melalui yayasan PRIHATIN-DXN. Majlis pengumpulan dana untuk pembinaan Hospital UTAR telah dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan UTAR. Majlis berkenaan diadakan di UTAR, Kampus Kampar, pada 21 Januari 2022.
Dengan pengenalan syarikat ini sebagai penaja utama, dijangka logo DXN Industries bakal menghiasi ruangan hadapan kesemua jersi pasukan Kedah, pada musim ini.